-->

Ad Unit (Iklan) BIG

Pengenalan Ilmu Tajwid

Post a Comment

  


Allah Ta'ala berfirman :
"Maka bacalah Al-Qur'an dengan tartil (yang sebaik-baiknya)." (QS. Al-Muzammil : 4)

Rasulullah bersabda :
"Bacalah olehmu Al-Qur'an, maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat/ pertolongan ahli-ahli Al-Qur'an (yang membaca dan mengamalkannya)." (HR. Muslim)

Rasulullah bersabda :
"Orang yang paling baik di antara kamu ialah orang yang belajar Al-Qur'an dan mengajarkannya kepada orang lain." (HR. Bukhori)

Sebelum mulai mempelajari Ilmu Tajwid sebaiknya kita mengetahui lebih dahulu bahwa setiap ilmu ada sepuluh asas yg menjadi dasar pemikiran kita.

Berikutnya dikemukakan 10 asas Ilmu Tajwid.
  1. Pengertian Tajwid menurut bahasa : Memperelokkan sesuatu.
  2. Menurut istilah Ilmu Tajwid : Melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf.
  3. Hukum mempelajari Ilmu Tajwid adalah Fardhu Kifayah dan mengamalkannya yakni membaca Al-Quran dgn bertajwid adalah Fardhu Ain bagi setiap muslimin dan muslimat ygt mukallaf.
  4. Tumpuan perbincangannya : Pada kalimah² Al-Quran.
  5. Kelebihannya : Ia adalah semulia mulia ilmu kerana ia langsung berkaitan dgn kitab Allah Al-Quran.
  6. Penyusunnya : Imam-Imam Qiraat.
  7. Faedahnya : Mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah didunia dan akhirat. Insya-Allah.
  8. Dalilnya : Dari Kitab Al-Quran dan Hadis Nabi ( S.A.W )
  9. Nama Ilmu : Ilmu Tajwid
  10. Masalah yg diperbaincangkan : Mengenai kaedah² dan cara² bacaannya secara keseluruhan yg memberi pengertian hukum² cabangan.
  11. Matlamatnya : Memelihara lidah daripada kesalahan membaca ayat² suci Al-Quran pada ketika membacanya. Membaca sejajar dgn penurunannya yg sebanar dari Allah ( S.W.T )
Bunga Rampai


Related Posts

Post a Comment